Batal MRT3 ‘okay’, tapi timbang untuk teruskan pada masa hadapan - Utusan Malaysia

Batal MRT3 ‘okay’, tapi timbang untuk teruskan pada masa hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Jun – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan keputusan kerajaan untuk  membatalkan Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) adalah wajar.

Namun beliau berharap, projek yang dianggarkan menelan kos perbelanjaan RM40 bilion sehingga RM50 bilion itu perlu diteruskan pada masa hadapan.

Pembatalan (MRT3) itu bukanlah satu langkah salah, okay,  tapi saya berharap apabila defisit fiskal kerajaan berada pada landasan yang betul, kerajaan akan mempertimbangkan untuk meneruskan projek itu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan di bangunan Ilham di sini hari ini.



Ahli panel majlis tersebut dianggotai lima pakar termasuk bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; tokoh perniagaan, Robert Kuok; bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas; Tan Sri Mohd. Hassan Marican dan ahli ekonomi, Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN