KUALA LUMPUR 6 Jun – Seorang bapa lima anak dihukum penjara setahun sembilan bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membantu ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Latino Dago’ bagi mencapai kepentingan kumpulan jenayah tersebut, dua tahun lalu. Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak memutuskan demikian terhadap Redhuan Mahiddin, 52, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari perbicaraan kes hari ini. “Perbuatan yang dilakukan kamu ini merupakan kesalahan…










