Asyraf Wajdi dilantik ahli Liga Muslim Dunia - Utusan Malaysia

Asyraf Wajdi dilantik ahli Liga Muslim Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dilantik secara rasmi sebagai Ahli Dewan Tertinggi Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia) minggu lalu.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

Pelantikan tersebut dibuat Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang diwakili Penasihat Utamanya, Sheikh Muhammad Abdul Karrim Al-Issa dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Asyraf Wajdi­ yang juga Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO dan bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) berkata, pelantikan tersebut merupakan satu pengiktirafan besar atas hubu­ngan baik antara negara dengan kerajaan Arab Saudi yang terjalin sebelum ini.

Selain itu, katanya, pelantikan tersebut juga dibuat berikutan pengalaman luas beliau dalam hal berkaitan isu umat Islam dan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP)

“Pelantikan tersebut sebenarnya telah dibuat pada Februari menerusi satu watikah dan diumumkan sekali lagi ming­gu lalu. Saya akan menghadiri mesyuarat pertama selepas Zulhijah di Mekah nanti.

“Ahli Dewan Ter­tinggi sebelum ini banyak terdiri daripada tokoh besar Islam dan ulama pelbagai negara dan berharap semoga diberikan ke­kuatan serta kemudahan untuk Islam,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi turut memuat naik status di laman Instagram miliknya berhubung pelantikan tersebut.

Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Muslim Dunia) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Arab Saudi dan berperanan sebagai salah satu pertubuhan yang menjaga hal berkaitan agama Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN