AS tarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB - Utusan Malaysia

AS tarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) bertindak menarik diri daripada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Semalam, AS mengambil tindakan drastik tersebut setelah mendakwa UNHRC mengamalkan sikap berat sebelah terhadap Israel dan berpendapat sikap itu turut akan menyukarkan usaha memperjuangkan hak asasi manusia seluruh dunia.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo dan Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, secara rasminya telah membuat pengumuman berkenaan di Jabatan Negara di sini.

Ketika membuat pengumuman tersebut Haley yang berada bersama Pompeo juga menyelar negara Rusia, China, Cuba dan Mesir bertindak menggagalkan usaha AS untuk memperbaharui majlis itu.

Haley turut mengkritik bahawa negara lain yang berkongsi nilai bersama AS dan menggalakkan Washington meneruskan usaha diambil itu namun pada masa sama enggan mencabar status quo secara serius.

Pengunduran Washington adalah penolakan AS yang terkini terhadap perjanjian pelbagai negara selepas menarik diri daripada perjanjian Iklim Paris dan perjanjian nuklear Iran 2015.

Ketua Hak Asasi Manusia PBB, Zeid Ra’ad al-Hussein kelmarin menyeru Washington untuk menghentikan dasarnya yang tidak masuk akal dan berperikemanusiaan berikutan tindakan menahan kanak-kanak yang terpisah daripada ibu bapa imigran mereka di sempadan AS – Mexico.

“Lihat terhadap negara-negara anggota dalam majlis dan anda akan mengesan rasa tidak hormat kepada hak yang paling asas,” kata Haley sambil memetik Venezuela, China, Cuba dan Republik Demokratik Kongo.

Ujar lagi Haley bahawa tumpuan tidak seimbang dan pemusuhan tidak menentu ke arah Israel jelas membuktikan majlis itu didorong oleh kecenderungan politik bukan hak asasi manusia.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menyokong keputusan AS itu. – Reuters 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN