Annuar pilih saat-saat akhir - Utusan Malaysia

Annuar pilih saat-saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 9 Jun – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa akan memutuskan jawatan apa mahu ditandingi beliau dalam pemilihan UMNO kali ini pada saat-saat akhir, iaitu menjelang tarikh tutup pendaftaran minggu depan.

Menurut Ketua Penerangan UMNO itu, perhatian beliau ketika ini lebih tertumpu pada soal pentadbiran termasuk memastikan proses pemilihan berjalan lancar sebagaimana diamanahkan parti kepada beliau.

“Saya kena selesaikan semua kerja saya terlebih dahulu baru fikir tentang diri sendiri. Lagipun untuk mendaftar (bertanding dalam pemilihan parti) hanya menerusi online, iaitu mengambil masa lima minit sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bila tiba masa nanti, saya akan beritahu bertanding atau tidak dan jawatan apa akan ditandingi,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka dan penyerahan sumbangan Aidilfitri Peringkat Parlimen Ketereh di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Annuar berkata, pemilihan parti kali ini adalah di luar dugaan kerana mendapat sambutan menggalakkan dengan menerima lebih 100 pendaftaran pelbagai pihak terutama golongan muda.

“Bagi saya ini luar biasa kerana anak muda dan golongan profesional tampil menawarkan diri bagi merebut jawatan dalam usaha memperkasakan semula UMNO.

“Ini satu perkembangan baik kerana pada mulanya saya khuatir apabila kita tiada kuasa, maka tiada sesiapa lagi mahu menawarkan diri, namun sebaliknya berlaku pada kali ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini