Ambrin Buang ketuai jawatankuasa siasatan khas isu tadbir urus - Utusan Malaysia

Ambrin Buang ketuai jawatankuasa siasatan khas isu tadbir urus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Khas bagi isu-isu tadbir urus, perolehan dan kewangan negara.

Siasatan akan bermula dengan Kementerian Pertahanan, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini hari ini.

Ambrin berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara kira-kira 11 tahun sejak 23 Februari 2006 sebelum bersara pada 22 Februari tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perdana Menteri dalam pada itu berkata, mesyuarat Kabinet turut membincangkan pelbagai inisiatif kerajaan, antaranya kajian terhadap mekanisme bagi memudahkan golongan muda membuat pembelian rumah pertama berikutan syarat ketat yang dikenakan oleh bank untuk rakyat membuat pinjaman.

Katanya, kerajaan juga sedang mengkaji kaedah untuk mengurangkan kos perumahan yang akan diterangkan dalam masa terdekat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini