Alonso muncul juara saingan 24 Jam Le Mans - Utusan Malaysia

Alonso muncul juara saingan 24 Jam Le Mans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LE MANS – Juara Formula Satu (F1) dua kali, Fernando Alonso memena-ngi perlumbaan 24 Jam Le Mans pada penampilan pertamanya dalam saingan di Litar de La Sarthe, sekali gus menghampiri gelaran.

Alonso bersama rakan sepasukan, Kazuki Nakajima (Jepun) dan Sebastian Buemi dari Switzerland telah melengkapkan 388 pusingan bersama jentera Toyota Hybrid untuk memiliki kelebihan dua pusingan berbanding pencabar terdekat.

Kejayaan tersebut meletakkan Alonso hampir dengan rekod pelumba Britain, Graham Hill yang telah melengkapkan triple crown iaitu Grand Prix (GP) Monaco dan Indianapolis 500.

Setakat ini, pelumba berusia 36 tahun itu telah memenangi dua gelaran GP Monaco dan kini mengintai gelaran Indianapolis 500 yang masih di luar jangkauannya.

“Le Mans hanya berlangsung selama sekali setahun dan ia sebenarnya tidak mencukupi. Sepatutnya kejohanan diadakan setiap tiga minggu, saya berasa sangat gembira malam ini (kelmarin).

“Saya tak pasti bagaimana kami lakukannya tapi usaha kami berjalan lancar dan berjaya mengharungi perlumbaan selama 24 jam tersebut dengan baik. Saya berada dalam rentak yang baik sepanjang malam,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN