SEREMBAN 30 Jun – Akaun bank UMNO Negeri Sembilan tidak terlibat dalam pembekuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dialami UMNO Pusat, Selangor dan Johor. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, akaun milik UMNO negeri masih aktif dan tidak terlibat dalam pembekuan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Petang semalam, saya sudah minta pejabat UMNO negeri supaya bertanya kepada bank tentang…