Ahmed Zaharani mahu penuhi perjuangan Melayu bandar - Utusan Malaysia

Ahmed Zaharani mahu penuhi perjuangan Melayu bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Jun – Calon Ketua UMNO Bahagian Kepong, Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan parti kerana ahli-ahli mahukan perubahan dan pendekatan yang baharu bagi memenuhi perjuangan asas orang Melayu bandar.

Menurut beliau, Melayu bandar makin dahagakan pembaharuan dari segi ekonomi dan kos sara hidup yang makin meningkat.

Justeru katanya, perubahan secara keseluruhan perlu dilakukan demi menjadikan kepercayaan ahli akar umbi dan rakyat kembali percaya dan yakin kepada UMNO.

“UMNO kena bermula dari bawah semula, mulakan seperti mentadbir parti baharu serta buang budaya elitis dan aristokrat yang dibenci sehingga menjadikan kita ditolak oleh terutamanya anak-anak muda di bandar.

“Ketua UMNO Bahagian Kepong hari ini telah memegang jawatannya lebih 32 tahun tanpa sebarang pertandingan dan masanya telah tiba untuk memberikan laluan kepada yang mahukan perubahan secara total,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN