Ahmad Zahid bertemu Perdana Menteri - Utusan Malaysia

Ahmad Zahid bertemu Perdana Menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan kali pertama dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad di pejabatnya di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkongsi berita pertemuan tersebut di laman Twitter dan Facebook rasmi beliau kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Syukur Alhamdulillah, sempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak saya telah bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Moha­mad.

“Semoga pertemuan ini memberi kebaikan kepada semua,” kata Ahmad Zahid melalui catatan di laman sosial berkenaan bersama sekeping gambar dengan Mahathir.

Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mendedahkan intipati pertemuan selama lebih 40 minit itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN