Achey beraya dengan isteri dan anak - Utusan Malaysia

Achey beraya dengan isteri dan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelawak popular, Achey berkongsi khabar gembira apabila bakal meraikan Aidilfitri bersama isteri dengan cahaya mata perempuan mereka pada tahun ini.

Setelah hampir lapan tahun menantikan kehadiran cahaya mata, Achey atau nama lengkapnya, Mohd. Nasir Hamzah, 32, dan isteri Nor Hasanah Yahaya gembira akhirnya doa mereka dimakbulkan.

Menerusi perkongsian Achey di Instagam, dia menjelaskan punca kerap tidak muncul bersama isteri kerana sibuk menjaga anak mereka yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir di kampung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Assalamualaikum. Bismillah. Alhamdulilah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara . Selepas lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun, pada 22 Mei lalu di Ramadan keenam, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” katanya.

Anggota kumpulan Bocey itu turut memberitahu bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur pukul 8.05 malam pada 15 Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini