71 individu terlibat judi haram dicekup - Utusan Malaysia

71 individu terlibat judi haram dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Polis Sarawak terus memperhebatkan operasi membanteras kegiatan judi haram apabila menahan 71 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah itu sepanjang minggu lalu.

Serbuan bermula 18 hingga 24 Jun lalu itu telah dilakukan di Kuching, Padawan, Sibu, Miri, Bintulu, Kota Samarahan, Bau, Limbang, Lubok Antu, Maradong, Serian, Sarikei, Kapit, Mukah, Saratok, Sri Aman, Tatau, Lawas, Dalat dan Belaga.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, kesemua individu yang diberkas itu berusia antara 19 hingga 52 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, daripada kesemua individu yang dicekup, 44 orang merupakan lelaki, manakala selebihnya wanita.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas wang tunai sejumlah RM23,041 disyaki hasil kegiatan haram berkenaan.

“Polis juga merampas 10 unit telefon bimbit, slip pertaruhan serta pelbagai peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk menjalankan jenayah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dennis menambah, kes tersebut disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini