GEORGE TOWN – Seramai tujuh penumpang sebuah bas kilang mengalami kecederaan ringan apabila bas yang dinaiki mereka itu dilaporkan hilang kawalan lalu terbalik di atas pembahagi jalan di Tingkat Paya Terubong 4, Air Itam di sini pagi tadi. Mangsa terdiri enam lelaki dan seorang wanita masing-masing dipercayai mengalami luka pada badan, tangan dan muka. Jurucakap bomba negeri berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.57 pagi dan tiba di lokasi kejadian…










