59 rumah rosak dipukul ribut - Utusan Malaysia

59 rumah rosak dipukul ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Kira-kira 59 buah kediaman di daerah ini mengalami kerosakan pada bahagian bumbung akibat dipukul ribut dalam kejadian hujan lebat selama sejam petang kelmarin.

Hujan lebat disusuli dengan angin kencang kira-kira 45 minit bermula pukul 6.45 petang hingga 7.30 malam itu turut menyebabkan bumbung rumah penduduk tercabut akibat diterbangkan angin.

Terdapat beberapa siling dapur runtuh apabila ditimpa pokok kelapa selain ada juga kediaman yang terputus bekalan elektrik.

Antara kawasan perumahan yang terlibat adalah di Butterworth, Tasek Gelugor, Teluk Air Tawar, Mak Mandin, Sungai Dua, Kepala Batas dan Seri Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, selain kediaman, pihaknya turut menerima laporan mengenai kerosakan kecil di Balai Polis Sungai Dua dan kerosakan cermin hadapan di sebuah institusi kewangan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN