KEPALA BATAS 5 Jun – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang menerima 53 aduan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sejak ia diubah kepada sifar peratus bermula 1 Jun lalu. Daripada jumlah itu, Pengarah PPDNKK negeri Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, sebanyak 11 aduan telah diselesaikan manakala 42 lagi masih dalam siasatan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014. Menurutnya, sejak pelaksanaan Op Catut…










