TUNIS 3 Jun – Sebanyak 35 mayat pendatang ditemukan di luar pantai selatan Tunisia, kata Kementerian Pertahanan negara tersebut hari ini.
Setakat 1 petang waktu tempatan, “35 mayat telah ditemukan dan 68 pendatang diselamatkan, kata seorang jurucakap kementerian itu, Rachid Bouhoula.
Kementerian Dalam Negeri melaporkan terdapat panggilan kecemasan pada malam semalam dari sebuah bot nelayan yang hampir karam yang dinaiki pendatang.
Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan, rakyat Tunisia selain tujuh warga asing antara yang terselamat termasuk warganegara dari Ivory Coast, Mali, Morocco dan Cameroon.
“Pengawal pantai dan tentera laut meneruskan usaha pencarian dengan bantuan daripada sebuah pesawat tentera,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.
Rakyat Tunisia dan pendatang sering cuba menyeberangi Mediterranean untuk mencari masa depan yang lebih baik di Eropah tetapi keadaan tersebut memuncak pada September lalu. -AFP










