TRIPOLI 22 Jun – Seramai 220 pendatang mati lemas di luar pantai Libya dalam tempoh beberapa hari lalu ketika cuba menyeberang ke Eropah menjadikan jumlah mereka yang terkorban pada tahun ini melebihi 1,000 orang.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, angka tersebut dimaklumkan oleh pendatang yang terselamat manakala pengawal pantai Libya menahan 762 pendatang yang cuba menyeberang Itali menggunakan bot getah dalam tempoh dua hari lalu.
Walau bagaimanapun jumlah mereka yang cuba menyeberang ke Eropah telah menurun secara drastik sejak Julai lalu berikutan kawalan ketat pengawal pantai dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU). – Reuters










