2 beranak lemas ketika memancing di Kuala Sepetang - Utusan Malaysia

2 beranak lemas ketika memancing di Kuala Sepetang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING – Dua beranak antara tiga pemancing mati lemas apabila sampan fiber mereka dipercayai karam setelah dipukul ribut di kawasan Kuala Sepetang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab. Hamid berkata, ketiga-tiga mangsa lelaki itu dikenali sebagai Beh Liang Tik, 49, anaknya Beh Chuan Hui, 19, dan rakan anaknya Low Eng Chuan, 16.

Menurut Razlam, mayat Liang Tik dan Low ditemui oleh nelayan tempatan pagi tadi, manakala Chuan Hui dijumpai pukul 12 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketiga-tiga mangsa dilaporkan keluar ke laut untuk menangkap ikan di perairan Kuala Sangga dengan menaiki sampan fiber kira-kira pukul 10 pagi Selasa lalu, namun tidak pulang dan dipercayai hilang.

“Anggota keluarga mangsa telah membuat laporan polis pagi ini setelah gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – Bernama 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini