KUALA LUMPUR 8 JUN – Dua bekas pegawai kanan Felda dihukum penjara antara dua hingga lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membabitkan pecah amanah dana agensi itu sebanyak RM47.6 juta, empat tahun lalu. Hakim Allaudeen Ismail memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik Felda, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan bekas Pengarah Besar agensi…