2 bekas pegawai kanan Felda dijel - Utusan Malaysia

2 bekas pegawai kanan Felda dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Dua bekas pegawai kanan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) masing-masing dipenjara lima tahun dan dua tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat melibatkan dana agensi itu berjumlah lebih RM47 juta empat tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas bekas Timbalan Pengarah Besar Sumber Strategik, Muhammad Sufi Mahbub, 54, dan penjara dua tahun terhadap bekas Pengarah Besar, Datuk Faizoull Ahmad,58, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir pembelaan kes itu.

Bagi dua pertuduhan pecah amanah, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan ke atas Muhammad Sufi dan memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan secara serentak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas Faizoull bagi dua pertuduhan bersubahat serta memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini