West Brom tersingkir - Utusan Malaysia

West Brom tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 9 Mei – West Brom tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris selepas Southampton mengorak langkah besar bagi mengekalkan kedudukan mereka dalam divisyen utama bola sepak England itu setelah menewaskan Swansea hari ini.

West Brom, yang dibim­bing Darren Moore, mengharap­kan pertembungan antara Southampton dan Swansea di selatan Wales berkesudahan dengan keputusan seri untuk membolehkan mereka meng­elak daripada tersingkir dalam perlawanan terakhir musim ini pada Ahad.

Selepas lebih 70 minit pertarungan berlangsung, pemain gantian Manolo Gabbiadini menghasilkan jaringan yang ditunggu-tunggu untuk Sout­hampton setelah dia bertindak pantas menolak bola ke pintu gol hasil hantaran Charlie Austin.

Gabbiadini baru em­pat minit berada di dalam padang dan jaringan tersebut merupakan gol kelima buat pemain dari Itali itu musim ini.

Kemenangan tersebut bermakna Southampton mendaki ke anak tangga ke-16 dalam carta liga, berkelebihan tiga mata berbanding Swansea yang menghuni tempat ke-18.

Keputusan itu juga me­nyaksikan kelab Wales tersebut menjadi pilihan untuk menyertai West Brom dan Stoke turun ke Liga Kejuaraan.

Kejayaan yang dicatat Sout­hampton mengesahkan West Brom kembali ke divisyen dua selepas lapan musim di dalam liga utama itu, dengan tempat kelapan merupakan keputusan terbaik pernah dicatat Baggies pada musim 2012/13 sewaktu Steve Clarke menerajui kelab tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×