Warga emas temui ajal dalam kereta - Utusan Malaysia

Warga emas temui ajal dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia di dalam kereta miliknya yang diletakkan di hadapan Dewan Majlis Daerah Machang di sini hari ini.

Mangsa, Mohamed Yusoff, 70, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam pada pukul 3.25 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan, Dzulkifli Abdul Ghani berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan daripada orang awam yang mengatakan seorang warga emas meninggal dunia di falam sebuah kereta jenis Proton Wira merah. 

“Siasatan awal mendapati, mangsa dikatakan telah memanggil orang ramai untuk menghantarnya ke hospital. 

“Dalam masa sama, mangsa dilihat batuk dan muntah darah oleh orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum rebah dan tidak sedarkan diri, ” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, mangsa yang meninggal dunia kemudiannya diserahkan kepada Hospital Machang untuk bedah siasat.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×