SEBERANG PERAI – Seorang wanita maut manakala dua lelaki cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kereta di kilometer 8.1 Lebuh Raya Butterworth-Kulim dekat Kubang Semang di sini kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Setakat ini identiti mangsa belum dikenal pasti. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kemalangan berkenaan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan dua buah kereta Toyota Vios. Menurutnya, mangsa yang maut merupakan pemandu Perodua Viva. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya