JERANTUT – Dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang juga sahabat karib sejak dibangku sekolah bertekad mahu pastikan daerah ini terus membangun selari dengan peredaran zaman. Datuk Ahmad Nazlan Idris yang menang di kerusi Parlimen Jerantut manakala Datuk Nazri Ngah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar akan bekerjasama memastikan daerah ini tidak ketinggalan daripada arus pembangunan. Ahmad Nazlan berkata, beliau bersyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih…










