PUTRAJAYA 23 Mei – Majlis Perundingan Pertanian Negara akan ditubuhkan menjelang hujung bulan ini yang berfungsi memberi input kepada kerajaan berhubung penambahbaikan sektor pertanian negara. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, majlis itu bakal dianggotai pakar bidang pertanian dengan mereka berperanan menyalurkan idea dan pendapat kepada pihaknya untuk dilaksanakan segera. “Kita telah mengenalpasti beberapa tokoh terlibat, malah majlis ini dipengerusikan oleh antara individu berkenaan dan nama mereka…










