KUALA LUMPUR 10 Mei – Tun Dr. Mahathir Mohamad mencipta sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kali kedua hari ini susulan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau yang memakai baju Melayu hitam dan bersamping songket hitam keemasan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, di Istana Negara di sini. Dr. Mahathir, pertama kali dilantik menjadi Perdana Menteri keempat…










