UMNO Labis teruskan ziarah kasih - Utusan Malaysia

UMNO Labis teruskan ziarah kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS 21 Mei – UMNO Bahagian Labis akan tetap meneruskan pelbagai program membantu rakyat yang memerlukan bantuan seperti ziarah kasih seperti yang dianjurkan sebelum ini.

Ketuanya, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, kedudukan sebagai parti pembangkang di negeri ini selepas gagal mempertahankan kerajaan negeri yang jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan alasan UMNO Labis tidak turun padang membantu rakyat.

“Walau apa juga situasi ketika ini, UMNO Labis tidak sama sekali akan mengubah perjuangan dan akan terus berusaha membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan.

“Mungkin situasi ketika ini sudah agak berbeza, namun ini tidak bermakna kami akan mengalah dan lemah, malah usaha merapatkan semula saf dalam kalangam ahli parti yang setia sedang giat dijalankan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, UMNO ketika ini sedang berdepan dengan ujian yang amat mencabar dan memerlukan sokongan serta kesetiaan ahli peringkat akar umbi bagi memastikannya mampu bangkit semula.

Menurutnya, sejak tahun 1946, UMNO telah melalui pelbagai cabaran termasuk diharamkan pada 1988, namun sejarah membuktikan kesetiaan dan semangat juang ahli di peringkat akar umbi berjaya menjadikan UMNO kembali kuat sebelum ini.

Ujarnya lagi, setiap kali jatuh, UMNO akan bangkit menjadi lebih kuat dan bukan mustahil kegagalan akan menjadi pengajaran paling berguna kepada ahli serta kepimpinan di semua peringkat untuk memperbaiki segala kelemahan agar mampu kembali dengan lebih gagah nanti.

“Untuk itu apa yang penting ahli di peringkat akar umbi harus sentiasa muhasabah diri dan bekerja dengan ikhlas demi perjuangan parti selain berusaha mendekati serta memahami keperluan dan kehen­dak masyarakat termasuk golongan muda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×