Ulat tiket cekik darah - Utusan Malaysia

Ulat tiket cekik darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Mei – Peminat Liverpool yang terdesak untuk menyaksikan perlawanan final Liga Juara-Juara terpaksa menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk mendapatkan satu tiket.

The Reds sudah menjual 16, 626 tiket iaitu peruntukan yang diberikan kepada mereka dan kini ratusan tiket perlawanan tersebut dijual kembali di atas talian.

Satu tiket tempat duduk di hujung Stadium Olympic, Kiev dijual 281 pound (RM1,500) dengan harga asal bagaimanapun ia telah dijual semula dengan harga 15,000 pound (RM80,000) malah sesetengah pakej orang kenamaan mencecah 20,000 pound (RM107,000).

“Situasi ini tidak masuk akal. Orang yang bukan peminat Liverpool boleh membeli tiket ini dan mengambil peluang untuk membuat duit,” kata peminat Liverpool, Neil Atkinson.

Liverpool turut memberi amaran kepada peminat bahawa tiada sebab untuk mereka tiket perlawanan final daripada sumber tidak rasmi malah mereka tentang penjualan tiket yang dibuat pada harga keterlaluan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN