Tumbangkan juara dunia, Chong Wei letakkan Malaysia mendahului 1-0 - Utusan Malaysia

Tumbangkan juara dunia, Chong Wei letakkan Malaysia mendahului 1-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK 23 Mei – Datuk Lee Chong Wei  mempamer aksi cemerlang ketika menumpaskan juara dunia yang juga pemain  No. 1 dunia,  Viktor Axelsen untuk membolehkan Malaysia mendahului juara bertahan, Denmark 1-0 dalam aksi terakhir Piala Thomas, Kumpulan D di Impact Arena, di sini sebentar tadi.

Chong Wei, 36, mengambil masa 43 untuk menang 21-9, 21-19, sekali gus menebus tiga kekalahan berturut-turut di tangan Axelsen sebelum ini.

“Sudah tentu kemenangan ini menebus maruah saya selepas tiga kali kalah. Saya mengalahkan juara dunia dan pemain No. 1 dunia, ia satu motivasi yang besar,” kata Chong Wei kepada pemberita.

Memuatkan artikel berkaitan…

Empat lagi perlawanan akan berlangsung untuk menentukan pemenang. Pasukan yang menang akan muncul juara Kumpulan D, sekali gus bakal meraih undian suku akhir yang lebih baik. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini