BERCAKAP tentang Piala Dunia 2010 ia boleh dikatakan sebagai penganjuran yang penuh dengan cabaran buat Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Ini juga adalah kali pertama Afrika Selatan menjadi penganjur Piala Dunia selepas berjaya menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan. Cabaran dihadapi oleh tuan rumah apabila sebulan sebelum kejohanan bermula terdapat khabar angin bahawa ia akan menjadi tumpuan pengganas di Afrika Selatan. Keadaan tersebut menyebabkan tuan rumah terpaksa meningkatkan keselamatan…










