Trend dagangan paling aktif - Utusan Malaysia

Trend dagangan paling aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakuten Trade Sdn. Bhd. (Rakuten Trade) mencatatkan trend dagangan paling aktif berdasarkan data pelanggannya selepas berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), sejak ia mula beroperasi di negara ini pada Mei tahun lepas.

Rakuten Trade merupakan broker saham digital sepenuhnya yang pertama di Malaysia.

Ia merupakan hasil usa­ha sama antara Kenanga Investment Bank Bhd. dan Rakuten Securities Inc. (Rakuten Securities) dari Jepun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah Urusannya, Kaoru Arai berkata, ia dapat dilihat dari segi bilangan pemegang akaun, komisen dan jumlah dagangan yang dicatatkan pelanggannya di Bursa Malaysia, yang disifatkan amat positif selepas PRU-14.

“Kami merekodkan peningkatan kadar pembrokeran sebanyak 25 peratus, pengukuhan nilai dagangan sebanyak 15 peratus dan penambahan pembukaan akaun sebanyak 40 peratus, yang me­rupakan satu reaksi agresif daripada pelanggan Rakuten Trade.

“Ini menunjukkan bahawa pelabur kami kekal optimis terhadap pasaran meskipun terdapat kebimbangan daripada banyak pihak terhadap ketidaktentuan Bursa Malaysia susulan pasca PRU,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi taklimat media mengenai Rakuten Trade bersempena ulang tahunnya pertama operasinya di sini semalam.

Turut hadir Presiden Rakuten Securities, Yuji Kusunoki.

Sementara itu, Arai berkata, sehingga 4 Mei lalu, Rakuten Trade mempunyai lebih 12,000 pe­langgan atau pemegang akaun dengan kira-kira 40 peratus daripadanya me­rupakan pelabur saham kali pertama di pasaran Malaysia.

“Hampir 80 peratus daripada pelanggan kami berusia di bawah 40 tahun dan kebanyakan mereka merupakan pedagang aktif.

“Ini menunjukkan bahawa pelabur yang lebih celik digital di Malaysia kini bersedia untuk mencuba pengalaman perdagangan baharu,” ujarnya.

Dalam pada itu, bersempena sambutan ulang tahun pertamanya, pada hari 25 Mei ini, kesemua pelanggan Rakuten Trade akan dapat menikmati kadar broker sifar bagi semua dagangan yang berjaya disempurnakan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini