Tradisi Bazar Ramadan di Hotel Seri Malaysia diteruskan - Utusan Malaysia

Tradisi Bazar Ramadan di Hotel Seri Malaysia diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 22 Mei – Hotel Seri Malaysia Melaka meneruskan tradisi tahunannya dengan menganjurkan bufet berbuka puasa berkonsep ‘Bazaar Ramadan’ sebagai tarikan pengunjung ke hotel berkenaan.

Pengurus Besarnya, Sazali Sabri berkata, konsep yang dimulakan sejak 2006 itu telah memasuki tahun ke-12 dan tetap diteruskan kerana sambutan menggalakkan daripada pengunjung serta tetamu hotel.

“Para tetamu dijamu dengan pelbagai makanan tradisional ala bufet selain warung-warung yang menyediakan pilihan lain kepada pengunjung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menu harian yang bakal menjadi tarikan utama ialah kambing golek, gulai kawah serta pelbagai lagi pilihan lain yang pastinya mampu menepati citarasa pengunjung,” katanya.

Majlis perasmian Bazar Ramadan Hotel Seri Malaysia disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim malam tadi dan turut dihadiri Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Jeffri Munir.

Pada majlis perasmian tersebut, Hotel Seri Malaysia turut meraikan 80 pelajar daripada Sekolah Tahfiz al-Quran As-Solihin, Merlimau pada majlis berbuka puasa di hotel berkenaan.

“Selain dijamu dengan pelbagai jenis juadah berbuka puasa, pihak hotel turut menyampaikan sumbangan kepada sekolah serta pelajar terbaik sekolah berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN