Tiga maut kereta rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

Tiga maut kereta rempuh belakang lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS 14 Mei – Tiga orang termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 22 Jalan Lipis – Merapoh berhampiran susur keluar Lebuhraya Central Spine Road (CSR) menghala ke Lipis awal pagi ini.


Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu ialah pemandu kereta, Chong Mum Tong,47, Len Wee Keong, 42, (penumpang hadapan) dan Chan Yung Sing, 11, (penumpang belakang).


Ketua Polis daerah, Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, semasa kejadian, kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza itu dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan menuju Kuala Lumpur.


“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu sebelum melanggar belakang sebuah lori menyebabkan kenderaan berkenaan remuk.


“Kesemua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×