BAGAN DATUK – Tiga beradik maut selepas dikelar dan ditetak seorang lelaki dalam kejadian amuk di rumah mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad di sini petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 petang itu, tiga beradik, Nur Ziah Fasihah Mohd. Fadzil,2, Muhammad Firash Zaffril,3, dan Mohammad Faqhqih Zahirulhaq,5, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di anggota badan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata,…










