ALOR SETAR 27 Mei – Kerajaan negeri memberi jaminan untuk tidak masuk campur terhadap sebarang penugasan membabitkan pihak berkuasa di negeri ini bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan berada di tahap tertinggi. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, dalam masa sama pihaknya turut berharap supaya kalangan penguat kuasa tidak membenarkan sebarang campur tangan dari pihak luar untuk menjejaskan tugas mereka. “Kalau sama-sama kita berjanji yang perkara ini tidak akan berlaku, insya-Allah…











