Tawar diskaun antara RM5,000 hingga RM10,000 - Utusan Malaysia

Tawar diskaun antara RM5,000 hingga RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Weststar Maxus, pengedar tunggal rangkaian ken­deraan Maxus di Malaysia, telah menilai semula harga kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah G10 dan ken­deraan ko­mersial V80 de­ngan kadar Cukai Barang dan Perkhid­matan (GST) sifar berkuat kuasa serta-merta.

Memuatkan artikel berkaitan…
SYED AZMAN
SYED AZMAN

Pengarah Urusan Kumpulan Weststar, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat ekoran pengumuman kerajaan memansuhkan GST berkuat kuasa 1 Jun ini.

Menurut beliau, pe­ngurangan harga antara RM5,000 hingga RM10,000 itu akan dite­ruskan sehingga Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan kerajaan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan ke­semua rangkaian model kenderaan kami lebih mampu dimiliki oleh rak­yat Malaysia.

“Kami kini berada dalam fasa pengembangan dan berhasrat untuk me­ngukuhkan lagi kedudukan jenama serta kualiti Maxus dalam segmen pasaran yang lebih luas di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Syed Azman menjelaskan, syarikat juga bercadang untuk membuka dua ruang pameran kenderaan baharu di Pulau Pinang dan Kota Bharu, Kelantan dalam masa terdekat.

“Kami yakin bahawa rangkaian produk yang mempunyai kelebihan dari segi harga, kualiti dan ciri-ciri yang ditawarkan ini bakal menjadi sebuah jenama premium pada masa depan,” jelas beliau.

Weststar Maxus G10 dijual pada harga serendah RM130,000 seunit, manakala Maxus V80 pula berharga serendah RM100,000 seunit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini