Sultan Sharafuddin rasmi Masjid Taman Padu Permai - Utusan Malaysia

Sultan Sharafuddin rasmi Masjid Taman Padu Permai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM 22 Mei – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat merasmikan Masjid Taman Padu Permai, Sungai Besar dekat sini dan berbuka puasa bersama penduduk, petang tadi.

Ketibaan baginda pada kira-kira pukul 6 petang diiringi bacaan selawat disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin setempat.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM219,000.00 kepada 438 asnaf fakir, miskin dan mualaf di daerah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM3,500 diserahkan kepada tujuh asnaf fakir, manakala RM157,500.00 diagihkan kepada 315 asnaf miskin dan RM58,000 diserahkan kepada 116 asnaf mualaf dengan masing-masing menerima sumbangan sebanyak RM500 seorang.

Baginda dan rakyat kemudiannya diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum menyampaikan titah perasmian masjid berkenaan.

Sultan Sharafuddin turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih.

Kerja-kerja pembinaan masjid ke-43 di daerah Sabak Bernam itu bermula pada Jun 2014 dan mengambil masa 29 bulan untuk disiapkan dengan kos pembinaan kira-kira RM9.5 juta.

Pada Mac 2017, akhirnya Masjid Taman Padu Permai dibuka kepada orang ramai.

Masjid berkenaan mampu memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dalam dewan solat utama yang turut dilengkapi perpustakaan, bilik mesyuarat, stor dan bilik pengurusan jenazah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN