Sukar cari pengganti Iniesta - Utusan Malaysia

Sukar cari pengganti Iniesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Pemain tengah Barcelona, Denis Suarez mengakui pemergian kapten pasukan, Andres Iniesta memberi impak yang besar kepada seluruh pemain pasukan itu sama ada di luar atau di dalam padang.

Bintang skuad antarabangsa Sepanyol tersebut dikhabarkan akan menyertai pasukan Vissel Kobe di Jepun selepas beraksi selama 16 musim bersama kelab gergasi La Liga itu.

Iniesta menikmati pelbagai kejayaan sepanjang berada di Camp Nou apabila meraih sembilan gelaran La Liga dan merangkul empat trofi Liga Juara-Juara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya telah banyak belajar darinya. Kami bermain di posisi yang sama dan saya sentiasa fokus dengan apa yang dilakukannya ketika latihan ataupun sewaktu perlawanan untuk membantu meningkatkan prestasi.

“Bukan mudah untuk menggantikan pemain sepertinya tetapi ini adalah realiti yang kami perlu hadapi.

“Dia adalah legenda pasukan ini kerana telah banyak berjasa kepada Barcelona. Iniesta juga seorang ketua pasukan yang cukup baik dan bijak mengawal ‘bilik persalinan’ tetapi seseorang perlu mengambil tugasnya selepas ini. Kami doakan yang terbaik buat dirinya,” kata Suarez.

Suarez yang kembali ke Barcelona dari Villareal pada 2016 kini terdesak untuk dipilih menyertai skuad utama Barcelona yang dibimbing Ernesto Valverde.

Pemain berusia 22 tahun itu sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang musim ini dan hanya beberapa kali dimasukkan sebagai pemain gantian tetapi dia masih optimis dengan peluangnya untuk menyertai skuad utama Barcelona selepas ini. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini