Suami isteri ditahan tipu jurujual - Utusan Malaysia

Suami isteri ditahan tipu jurujual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 23 Mei – Sepasang suami isteri ditahan di sebuah rumah di Felda Bukit Sagu 2 di sini semalam selepas memperdaya seorang jurujual sehingga mangsa kerugian sebanyak RM3,500 minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek wanita menawarkan bantuan pembebasan sepupu mangsa daripada tuduhan dadah di Mahkamah Kuantan.

“Wanita berusia 49 tahun itu memaklumkan kepada mangsa berusia 22 tahun bahawa suaminya seorang anggota polis dan boleh membantu untuk membebaskan sepupunya dengan bayaran sebanyak RM3,500.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas beberapa pertemuan bermula 9 Mac dan terakhir pada 18 Mei iaitu ketika wang diserahkan, suspek lelaki berusia 36 tahun memaklumkan sepupu mangsa akan dibebaskan kelmarin,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, ketika di mahkamah kelmarin, kedua-dua suspek tidak hadir dengan alasan berkursus di Putrajaya dan mangsa menyedari telah ditipu.

“Selepas menerima laporan daripada mangsa, polis menahan kedua-dua suspek pada pukul 11 malam tadi dan kini sedang mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN