SHAH ALAM 17 Mei – Polis Selangor memberkas sepasang suami isteri berusia 37 dan 36 tahun kerana didakwa terlibat dengan kegiatan memproses serta menjual cecair dadah jenis kanabis di sebuah pangsapuri di Setia Alam, di sini, Selasa lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner C.S. Amarjit Singh berkata, kedua-dua suspek masing-masing merupakan warga tempatan ditahan dalam satu serbuan yang dilakukan ke atas premis berkenaan kira-kira pukul 5.30…










