SIC penganjur 
MotoGP terbaik 2017 - Utusan Malaysia

SIC penganjur 
MotoGP terbaik 2017

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LITAR Antarabangsa Sepang (SIC) ialah sebuah litar yang digunakan untuk perlumbaan Formula Satu (F1), Grand Prix A1, Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran lain.

Litar tersebut terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) iaitu kira-kira 60 kilometer di selatan ibu kota Kuala Lumpur.

Litar Antarabangsa Sepang dicipta oleh arkitek dari Jerman, Hermann Tilke yang berpengalaman mereka bentuk litar F1 di Shanghai (China), Shakir (Bahrain), Istanbul (Turki), Velencia (Sepanyol), Marina Bay (Singapura), Yas Marina (Abu Dhabi), Yeongnam (Korea Selatan), Greater Noida (Uttar Pradesh) dan Austin (Texas). SIC melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai penganjur Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada Grand Prix (GP) Malaysia terbaik musim 2017.

Ia dirasmikan pada 7 Mac 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pada ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia keempat.

Beliau kemudian merasmikan perlumbaan Moto GP yang pertama di litar tersebut pada 20 April 1999 manakala perlumbaan F1 pertama pada 17 Oktober tahun sama.

Litar kebanggaan Malaysia ini mempunyai jarak 5.54 kilometer dan mempunyai 15 selekoh.

Ia juga mempunyai lapan laluan lurus termasuk dua laluan panjang selain mempunyai lebar 16 meter iaitu cukup luas untuk pelumba memotong.

Litar ini juga mempunyai litar untuk perlumbaan go-kart dan motocross.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN