KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal kelihatan tiba memasuki Jalan Nenas menuju ke Istana Negeri di sini kira-kira pukul 10 pagi tadi. Bagaimanapun, beliau yang hadir bersama isteri, Datin Shuryani Shuaib tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain @Abd. Rasid. Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking dan rombongan lain dipercayai barisan pimpinan Warisan. Kemudian,…










