LUMUT 9 Mei – Keterujaan jelas terpancar di wajah pemilih berdaftar yang pertama kali mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di sini hari ini.
Seorang pelajar, Nurul Syifa Lotfiamir, 22, berbangga kerana dapat menunaikan tanggungjawab pada PRU-14 tahun ini.
Menurutnya, dia teruja dan seronok melihat suasana mengundi kali ini.
“Sejak awal pagi lagi pusat mengundi sudah dipenuhi orang ramai termasuk saya, ini merupakan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.
“Saya berasa gembira dan tenang selepas menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Manjung di sini.
Seorang pekerja swasta, Diong Siok Chen, 37, juga pertama kali mengundi selepas dua PRU sebelum tidak berkesempatan untuk mengundi.
“Walaupun terpaksa beratur panjang namun dia tidak kisah asalkan dapat mengundi,” katanya Sekolah Kebangsaan St. Francis, Sitiawan di sini.
Siok Chen turut membawa neneknya yang terpaksa dipapah untuk keluar mengundi hari ini. – UTUSAN ONLINE










