Selepas sejam, Najib dipercayai masih memberi keterangan - Utusan Malaysia

Selepas sejam, Najib dipercayai masih memberi keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Proses mengambil keterangan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung siasatan kes SRC International Sdn Bhd dipercayai masih berlangsung selepas satu jam bekas perdana menteri itu tampil di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini. 

Najib yang tiba pada 9.42 minit pagi  tadi diiringi peguam belanya Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden masih belum keluar dari bangunan tersebut setakat 11.40 pagi ini.

Seorang pegawai SPRM mengesahkan Anggota Parlimen Pekan itu masih berada dalam bangunan  berkenaan  dan belum selesai memberi keterangan berhubung kes tersebut.

Pagi  tadi, Najib yang tiba di perkarangan bangunan SPRM diserbu pengamal media tempatan dan antarabangsa yang telah menunggu seawal pukul 8 pagi tadi bagi membuat liputan kes yang melibatkan  bekas perdana menteri itu. 

Pada Jumaat lepas, SPRM telah menyerahkan notis  meminta  Najib  hadir   untuk  memberi  keterangan  selepas suruhanjaya berkenaan membuka semula siasatan kes aliran  wang dari SRC International iaitu anak  syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada  26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN