BUKIT MERTAJAM 29 Mei – Beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) terjejas akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang yang berlaku lewat malam tadi hingga awal pagi ini. Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, kawasan tapak bazar larut malam di Bandar Perda di sini merupakan antara paling terjejas apabila puluhan khemah peniaga runtuh akibat dipukul ribut. Katanya, hujan lebat dan angin kencang juga…










