KAHERAH 29 Mei – Bintang Liverpool, Mohamed Salah, akan ke Sepanyol untuk menjalani rawatan kecederaan bahu yang menamatkan perjuangannya di final Liga Juara-Juara (UCL) dan mengancam peluangnya beraksi bersama Mesir di Piala Dunia, Rusia bulan depan. Persekutuan Bola Sepak Mesir (EFA) berkata, Salah memilih Sepanyol untuk program pemulihan yang diharapkan mampu membantu pemain itu kembali tepat pada masanya untuk ke Rusia. Menurut kenyataan EFA, Salah akan diiringi kakitangan perubatan Liverpool…









