Sajian tradisional, 
ala kampung di PNB - Utusan Malaysia

Sajian tradisional, 
ala kampung di PNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPENA Ramadan tahun ini, The 39 Restoran, PNB Perdana On The Park mungkin boleh menjadi pilihan lokasi untuk anda berbuka puasa bersama keluarga dan insan tersayang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terletak di tingkat 39, restoran berkenaan menyediakan seleksi juadah aneka pilihan berkonsepkan masakan tradisional Melayu dan antarabangsa bertemakan Nostalgia Ramadan.

Di restoran tersebut, pengunjung berpeluang menikmati panorama indah pemandangan bandar raya Kuala Lumpur dengan keindahan elemen muzik.

Bufet terdiri daripada nasi minyak badam, ayam masak merah, daging salai percik, ikan pari asam pedas, sotong lemak cili padi dan kacang panjang goreng taugeh.

Antara menu yang membangkitkan selera ialah kambing bakar bersama sos istimewa, ayam golek madu Lembah Pantai serta pelbagai pilihan makanan laut yang dipanggang.

Aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad turut disajikan.

Pakej harga bufet Ramadan di The 39 Restoran adalah RM123 bagi dewasa dan RM61.50 bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.

Sementara itu, PNB Perdana On The Park turut menawarkan Bufet Ramadan di Restoran 10 Binjai yang menyediakan masakan berkonsepkan ala kampung.

Antara menu yang disajikan ialah nasi beriani kismis, ayam masak beriani, daging rendang, ikan tenggiri masak taucu, kupang sambal bawang dan kobis masak lemak.

Harga bufet untuk Restoran 10 Binjai adalah RM98 bagi dewasa manakala kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun RM49.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini