KEPUTUSAN Kabinet baharu membubarkan Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di seluruh negara amat mengejutkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Dikhabarkan semakin ramai yang akan hilang punca rezeki di bulan Ramadan dan menjelang Syawal tahun ini. Namun, kita perlu percaya ada hikmahnya dan teruskan hidup dengan mencari sumber rezeki di tempat lain.
Terimalah hakikat rakyat telah memilih dan Kabinet kini memutuskan apa yang bagi mereka adalah pilihan terbaik. Kesan dan impaknya terhadap hidup rakyat berbeza-beza, sebaiknya kita terima sahaja dan teruskan kehidupan. Ini bukannya titik noktah.
PEKERJA KONTRAK
Kota Bharu, Kelantan











