KOTA BHARU 15 Mei – Pas berharap kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuka ruang lebih luas kepada pihaknya bagi menjayakan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355). Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, ruang dimaksudkan itu termasuk memberi peluang kepada pihaknya memberikan penerangan berkaitan RUU355 menerusi media arus perdana seperti televisyen. Kata beliau, RUU355 bukan agenda Pas atau mana-mana…










