Rumah pusaka musnah terbakar menjelang Ramadan - Utusan Malaysia

Rumah pusaka musnah terbakar menjelang Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR 14 Mei – Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan dua hari lagi bertukar hiba apabila rumah mereka di Kampung Sungai Labu Atas di Tanjung Piandang dekat sini hangus terbakar hari ini.

Dalam kejadian pada kira-kira pu kul 9 pagi itu, Kamarul Azmi Ahmad Fuad, 40, bersama isterinya, Rafidah Mohd. Saad, 40, serta tiga anak tinggal sehelai sepinggang.

Menurut Rafidah, mereka sekeluarga tinggal di rumah pusaka tersebut sejak lebih 15 tahun lalu.

“Ketika kejadian, saya baharu sahaja keluar dari rumah menuju ke rumah ibu saudara, Mak Lang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah saya.

“Saya memang selalu ke rumah dia untuk melihat keadaannya. Ketika di sana, saya nampak asap berkepul-kepul dari arah rumah saya tetapi saya ingatkan Mak Lang bakar sampah, rupa-rupa­nya rumah saya terbakar,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Rafidah, beliau tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan amat pantas.

Kata Rafidah, ketika kejadian suaminya tiada di rumah kerana menghantar anak ke sekolah.

“Tidak sampai 15 minit seluruh rumah hangus. Kami tinggal sehelai sepinggang dan tidak tahulah macam mana nak sambut Ramadan dua hari lagi,” katanya.

Tambah Rafidah, mereka kini menumpang di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×